BEGITU PANTAS Masa berlalu, Biarpun Ramadhan yang lalu telah berlalu pergi walaupun kita rasa baru beberapa hari yang lalu Ramadhan meninggalka kita tapi kini Ramadhan datang lagi mengunjungi kita, ketibaan bulan yang penuh keberkatan ini memang ditunggu-tunggu oleh sekalian Umat Islam di seantero dunia.
Kalau markah pahala kita di Ramadhan yang lalu sekadar cukup-cukup makan, maka Ramadhan kali ini kita hendaklah berusaha agar Ramadhan kali ini adalah yang lebih baik daripada yang telah berlalu meninggalkan kita. Mari bersama kita jadikan Ramadhan kali ini seolah-olah Ramadhan yang terakhir bagi hidup kita. Menjadi kelaziman bila tiba Ramadhan ialah di siangnya kita sama-sama menahan lapar dan dahaga di samping menjauhi perkara-perkara yang membatalkan puasa malah perkara-perkara yang boleh mengurangkan markah pahala atau ganjaran puasa tersebut, dan tidak semata-mata hanya dapat lapar dan dahaga. Dikesempatan ini, Mat Kecoh selaku insan biasa yang tidak lekang melakukan kesalah ingin menyusun sepuluh jari kepada semua pembaca blog mat kecoh ini, sekiranya sepanjang Mat Kecoh bergelar blogger ini ada kesilapan-kesilapan diri Mat Kecoh yang secara sengaja mahupun tidak sengaja yang dilakukan oleh Mat Kecoh kerana saya hanyalah Manusia biasa yang tahu tulis baca kadang-kadang terlupa watak dan perangai aku manusia.
0 Comments
HEBAT, MENARIK. SANGAT BAGUS entah apa lagi yang mat kecoh nak cakap tentang kehebatan 5 remaja yang cover lagu Despacito dengan suara yang mempunyai kelas penyanyi dunia atau antarabangsa. Kehebatan 5 remaja ini memang sepatutnya diakaui. Mat Kecoh berharap lebih banyak lagi bakat-bakat dalam dunia seni suara ini diketengahkan pada masa-masa yang akan datang.
Korang semua jangan dengki pulak dengan bakat-bakat yang ada pada mereka berlima ni. Korang semua kena akur yang bakat itu Anugerah Allah jadi jangan berlagak pandai nak kecam mereka. Biarkan mereka ingin tonjolkan bakat mereka kerana tiada gunanya sekiranya bakat itu hanya dipendam semata-mata. Despacito satu lagu yang memang menghiburkan, Mat Kecoh percaya hampir semua dari korang semua adalah peminat lagu ini. Jadi alang-alang Mat Kecoh dah kongsi video 5 remaja cover lagu Despacito ini adalah lebih baik Mat Kecoh pun turut sama kongsikan lirik lagu Despacito. MAT KECOH rasa sudah terlalu lama Mat Kecoh tidak mengemaskini blog ini, kebetulan hari ini Mat Kecoh ada masa terluang jadi Mat Kecoh rasa inilah masa terbaik untuk berkongsi sesuatu dengan korang semua. Sunyi juga lama berblogging ni....Alhamdulillah hari dapat juga Mat Kecoh blogging.
Oleh kerana sudah lama Mat Kecoh tidak mengemaskini blog ini, hari ini Mat Kecoh memilih untuk berkongsi sebuah video muzik istimewa khas buat semua pembaca dan pengikut setia blog Mat Kecoh ini. Mungkin korang pernah menonton video muzik lagu rancak yang berirama disko yang 'bait-bait'nya berbunyi seperti ini: "Bara Bara". Hari ni bukanlah Mat Kecoh nak berkongsi video muzik asal lagu tersebut tetapi video muzik lagu tersebut di dalam versi Kelantan. Orang yang sudah biasa dengan aliran muzik Kelantan sudah pasti akan meminati lagu ini dan mungkin juga lagu ini boleh dikategorikan sebagai lagu Dikir Barat. Di mana Dikir Barat merupakan salah satu aliran muzik yang digemari ramai di Kelantan. KALI ini Mat Kecoh nak berkongsi dengan anda semua yang Mat Kecoh sayangi sebuah lagu yang tengah 'top' dekat carta Era fm. Lagu ini bertajuk "Beribu Sesalan". Lagu ini dinyanyikan oleh 3 Suara. Memang asyik juga Mat Kecoh dengar lagu ni tak ada 'beribu sesalan' kalau korang semua mendengar dan menonton lagu ini.
Sebelum tu, Mat Kecoh nak beritahu bahawa 3 Suara ialah hasil gabungan tiga orang penyanyi hebat. Penyanyi-penyanyi yang Mat Kecoh Maksudkan ialah Jaclyn Victor, Ning Baizura, Shylla Amzah. Mat Kecoh rasa adalah lebih elok sekiranya terlebih dahulu Mat Kecoh Kongsikan lirik lagu Beribu Sesalan terlebih dahulu untuk memudahkan korang semua mendengar sambil menyanyi lagu ini. |
Mat Kecoh
Mat Kecoh yang sentiasa kecoh dengan pelbagai isu sensasi dan terkini.... Archives
May 2019
Kategori
All
|